"Eh, dah expired lah," saya.
"Takpe, masih boleh makan," kawan saya.
Tahukah anda, jika sesuatu makanan itu sudah lepas tarikh luputnya, makanan itu masih boleh dimakan dan masih sedap? Malah, lebih sedap?
Kerana, kawan saya cakap, tarikh luput yang sebenar adalah seminggu selepas tarikh luput yang dicetak pada bungkusan makanan. Kawan saya memang suka buat fatwa sendiri.
Oleh itu, mengikut kawan saya lah, kalau anda mempunyai roti yang sudah tarikh luput (haha faham ke?), jangan terus buang roti itu. Sebaliknya rasa terlebih dahulu kerana kemungkinan untuk masih boleh dimakan adalah besar.
Kawan saya cakap lagi, kalau ubat yang sudah tarikh luput pun masih boleh dimakan. Cuma ubat itu menjadi kurang efektif. Pandai pandai je kawan saya ni. Saya tak percayalah.
"Tarikh yang dicetak itu hanyalah nombor semata mata," kawan saya. *
* tak boleh pakai punya nasihat.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sejak kebelakangan ni, saya selalu tidur lambat. Kalau tidur pun, dapat lah 3-4 jam. Semuanya sebab kuiz. Bayangkanlah, kuiz tu masuk bab yang belajar dari awal semester dulu. Banyak kot nak kena baca. Pergi kelas pun muka macam Zombie. Dalam kelas tak dapat nak fokus sangat.
"Mmm mnuh mmoh nnn mmm mnuh mmoh mmm. Understand?" pensyarah.
"Yesssss ... " saya.
Harap harap soalan peperiksaan akhir nanti adalah soalan soalan seperti :-
"1 + 1 = ?" , ataupun, "1 + ? = 3".
Takpe lah kalau macam soalan tadika pun. Asalkan pelajar pelajar dapat jawab.
Tension tau tak cukup tidur. Tengah makan dengan kawan kawan pun boleh tiba tiba jadi takde mood. Rasa macam nak balik je. Kadang kadang apa kawan kawan tengah sembang pun tak faham.
"Mmm mnuh mmoh nnn mmm mnuh mmoh mmm. Okay?" kawan saya.
"Okayyy ... " saya.
Banyak sangat kuiz sampai semua orang jadi tak betul. Hari tu kawan bilik saya siap mimpi pasal anatomy lagi. Pasal reproductive system pulak tu. Tak betul, kan? Sebab dia tidur terus lepas baca nota anatomy. Bukan nak basuh kaki dulu.
Memang sangat tension. Dah lah bilik saya selalu kena serang dengan tebuan. Dekat luar tingkap bilik saya ni ada pokok yang ada sarang tebuan. Lepas tu malam malam dia datang bilik saya. Sebab sarang dia takde lampu kot. Bilik saya kan banyak lampu.
Tiap tiap hari berperang dengan tebuan. Nasib baik saya ada Shieldtox, boleh sembur dekat tebuan tu. Saya ingatkan Shieldtox boleh bunuh nyamuk dan semut je. Rupanya tebuan pun boleh jugak. Tapi lambat sikit lah. Hebat jugak Shieldtox ni, kan?
Itu baru tebuan. Belum cerita pasal monyet lagi. Blok saya dekat dengan tempat yang macam hutan (ke memang hutan?). Setiap hari monyet datang nak cari gaduh dekat blok ni. Tak tau apa masalah dia. Saya tak pernah lagi buka tingkap sebab takut monyet masuk. Nasib baik monyet tak kopakkan tingkap bilik saya.
Eh, sejak bila monyet pandai kopakkan tingkap?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Oh, saya lupa nak cakap. Semester ni saya ambil subjek Bahasa Melayu. Masa peperiksaan nanti saya kena tulis karangan. Kalau saya tulis macam ni, berapa markah saya boleh dapat, ye? Saya malu lah kalau dapat markah rendah. Yelah, pensyarah Bahasa Melayu saya orang Cina tau. Saya kan orang Melayu. Mestilah saya malu.
Ini jadual peperiksaan saya:
23rd October
CCS 1011 K
29th October
PHM 1143 -- practical examination
31st October
UNGS 2030 K
1st November
PHM 1113 -- essay paper
2nd November
PHM 1143 -- essay paper
3rd November
PHM 1122 -- common OSPE
LM 2020 K
4th November
PHM 1133 -- essay paper
6th November
PHM 1113 -- common MCQ
PHM 1133 -- common MCQ
PHM 1143 -- common MCQ
9th November
PHM 1153 -- essay paper
10th November
PHM 1122 -- essay paper
13th November
PHM 1122 -- common MCQ
PHM 1153 -- common MCQ
p/s 1 : Tulis Bahasa Melayu ni susah jugak sebenarnya. Sebab kalau saya salah eja komputer ni tak gariskan pun. Penat saya nak check satu satu.
p/s 2 : Eh, esok saya ada peperiksaan lah. Saya kena buat ulang kaji ni. Kalau tak esok saya nak jawab apa? Okay lah. Bye.


.jpg)