October 22, 2010

dah expired?



"Eh, dah expired lah," saya.

"Takpe, masih boleh makan," kawan saya.

Tahukah anda, jika sesuatu makanan itu sudah lepas tarikh luputnya, makanan itu masih boleh dimakan dan masih sedap? Malah, lebih sedap?

Kerana, kawan saya cakap, tarikh luput yang sebenar adalah seminggu selepas tarikh luput yang dicetak pada bungkusan makanan. Kawan saya memang suka buat fatwa sendiri.

Oleh itu, mengikut kawan saya lah, kalau anda mempunyai roti yang sudah tarikh luput (haha faham ke?), jangan terus buang roti itu. Sebaliknya rasa terlebih dahulu kerana kemungkinan untuk masih boleh dimakan adalah besar.

Kawan saya cakap lagi, kalau ubat yang sudah tarikh luput pun masih boleh dimakan. Cuma ubat itu menjadi kurang efektif. Pandai pandai je kawan saya ni. Saya tak percayalah.

"Tarikh yang dicetak itu hanyalah nombor semata mata," kawan saya. *

* tak boleh pakai punya nasihat.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Sejak kebelakangan ni, saya selalu tidur lambat. Kalau tidur pun, dapat lah 3-4 jam. Semuanya sebab kuiz. Bayangkanlah, kuiz tu masuk bab yang belajar dari awal semester dulu. Banyak kot nak kena baca. Pergi kelas pun muka macam Zombie. Dalam kelas tak dapat nak fokus sangat.

"Mmm mnuh mmoh nnn mmm mnuh mmoh mmm. Understand?" pensyarah.

"Yesssss ... " saya.

Harap harap soalan peperiksaan akhir nanti adalah soalan soalan seperti :-
"1 + 1 = ?" , ataupun, "1 + ? = 3"
Takpe lah kalau macam soalan tadika pun. Asalkan pelajar pelajar dapat jawab.

Tension tau tak cukup tidur. Tengah makan dengan kawan kawan pun boleh tiba tiba jadi takde mood. Rasa macam nak balik je. Kadang kadang apa kawan kawan tengah sembang pun tak faham.

"Mmm mnuh mmoh nnn mmm mnuh mmoh mmm. Okay?" kawan saya.

"Okayyy ... " saya.

Banyak sangat kuiz sampai semua orang jadi tak betul. Hari tu kawan bilik saya siap mimpi pasal anatomy lagi. Pasal reproductive system pulak tu. Tak betul, kan? Sebab dia tidur terus lepas baca nota anatomy. Bukan nak basuh kaki dulu.

Memang sangat tension. Dah lah bilik saya selalu kena serang dengan tebuan. Dekat luar tingkap bilik saya ni ada pokok yang ada sarang tebuan. Lepas tu malam malam dia datang bilik saya. Sebab sarang dia takde lampu kot. Bilik saya kan banyak lampu.

Tiap tiap hari berperang dengan tebuan. Nasib baik saya ada Shieldtox, boleh sembur dekat tebuan tu. Saya ingatkan Shieldtox boleh bunuh nyamuk dan semut je. Rupanya tebuan pun boleh jugak. Tapi lambat sikit lah. Hebat jugak Shieldtox ni, kan?

Itu baru tebuan. Belum cerita pasal monyet lagi. Blok saya dekat dengan tempat yang macam hutan (ke memang hutan?). Setiap hari monyet datang nak cari gaduh dekat blok ni. Tak tau apa masalah dia. Saya tak pernah lagi buka tingkap sebab takut monyet masuk. Nasib baik monyet tak kopakkan tingkap bilik saya.

Eh, sejak bila monyet pandai kopakkan tingkap?

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Oh, saya lupa nak cakap. Semester ni saya ambil subjek Bahasa Melayu. Masa peperiksaan nanti saya kena tulis karangan. Kalau saya tulis macam ni, berapa markah saya boleh dapat, ye? Saya malu lah kalau dapat markah rendah. Yelah, pensyarah Bahasa Melayu saya orang Cina tau. Saya kan orang Melayu. Mestilah saya malu.

Ini jadual peperiksaan saya:


23rd October
CCS 1011 K

29th October
PHM 1143 -- practical examination

31st October
UNGS 2030 K

1st November
PHM 1113 -- essay paper

2nd November
PHM 1143 -- essay paper

3rd November
PHM 1122 -- common OSPE
LM 2020 K 

4th November
PHM 1133 -- essay paper

6th November
PHM 1113 -- common MCQ
PHM 1133 -- common MCQ
PHM 1143 -- common MCQ

9th November
PHM 1153 -- essay paper

10th November
PHM 1122 -- essay paper

13th November
PHM 1122 -- common MCQ
PHM 1153 -- common MCQ


p/s 1 : Tulis Bahasa Melayu ni susah jugak sebenarnya. Sebab kalau saya salah eja komputer ni tak gariskan pun. Penat saya nak check satu satu.


p/s 2 : Eh, esok saya ada peperiksaan lah. Saya kena buat ulang kaji ni. Kalau tak esok saya nak jawab apa? Okay lah. Bye.



13 comments:

  1. ecah!! kite pon da jd zombi... ZURZOMBITO~~ hhi gud luck 4 ur final ^^

    ReplyDelete
  2. good luck final =)
    dh ready? dh stdy 4 quiz kire dh ready lh 2
    kesian lh 1st yr stat xm awal,ktorg next 2week br stat.

    all d best!

    ReplyDelete
  3. sangat kelakar. sungguh! =))

    ReplyDelete
  4. ecah, sejak bile jadi macam sengal ni....nyway, ur very lucky, at least habis xm b4 raye aji...kitorang ni, ape cer???haha, al da best ecah tomey... jangan pernah berputus harap padaNya...okie

    ReplyDelete
  5. oh, dh tercapai hasrat nk tulis post dalam bm..tahniah2..ha2

    ReplyDelete
  6. ecah ko tulis post dlm bm bunyinye macam kucing ckp bhs tamel okee...haha.all d best exam.aku tau ko tgh praktis jgn karagn bm kan.sbb tu bunyik cm tamel..

    -si senget A

    ReplyDelete
  7. pensayarah????

    confirm b la bm kamu cik kak
    hahahahahahhahahahahahha

    ReplyDelete
  8. to asrar :
    Oowh. Budak2 AED pun jadi Zombie gak ke?
    Ingatkan budak2 kat sini je. Huhu.
    Well done UIA! Produce la banyak2 Zombie lagi ye.

    to senior :
    Ni mesti bukan 2nd year jugak kan?
    Tau tu. Hari tu time guna lecture hall 3rd year, tengok countdown diorang ade 1 week plus plus lagi. Time tu countdown kitorang dah tinggal 4 hari je kot.
    Admin memang selalu biased macam ni ke?
    Haih =.="

    to gerau :
    Haha. Nak cakap tu je ke?
    Membazir current je.

    to koe :
    Haha. Macam dah tak betul kan?
    Sebab quiz la ni. Adeh.
    Aah kitorang boleh balik before raya lagi.
    Budak dental tengah exam lagi ke time raya?
    Kesian la. Ni dah kira abuse ni. Nanti kite tolong reportkan eh.
    Okay. Thanks ko-e. Good luck jugak. Jangan tension2 tau. Tak comel. Hehe :)

    to nurjalilah :
    Haha. The word 'hasrat' does not fit la Jal.
    Macam ape je post ni. -tibe2 rase malu-

    to anonymous aka andah :
    Cis. Tipu la andah. Kucing mane ade cakap bahase tamel.
    Selalu tipu kite kan? Cubit kang.
    Thanks andah. Andah belajar smart2 tau. Jangan asek ... well, faham2 sendiri la. Hehe.

    to stalker :
    Oh. Dah perasan dah salah eja. Malas nak edit. Hehe.
    Cis. Malu la kalau dapat B je. BM kottt ...
    (Jangan berlagak la aisyah. Ingat BM senang ke?)

    ReplyDelete
  9. wah wah pndai lh,mcm mna thu bkn 2nd yr?
    teka lh sy yr brpa..hehehe
    xpe lh,smpat lg nk stdy kn....
    bleh tuh =)

    ReplyDelete
  10. to senior :
    Mesti la tau. 2nd year start exam selasa next week.
    Dah. Dah. Pegi study la. Isy.
    Chatting kat sini pulak.

    ReplyDelete
  11. Membaca semula entri ini. (Budak yang baru abis Teori paper takde keje)

    Masih comel, malah bertambah kelakar. Saya ada gardenia yang sudah tamat tempoh di bilik ini (tau kan betapa tak teratur hidop saya sampai tak sempat buang). Tapi tak mahu cuba lah. Kasarrr. (BI nya GROSS)

    Haha. Ini dah macam minggu Bahasa Melayu.
    <3

    ReplyDelete
  12. baru makan roti yang expired. tanpa bace entri ude :P

    all da best exammmmmm

    likes this post :D

    ReplyDelete
  13. to galaxydefender :
    Pagi tadi saya ada 2 kuiz. Ni baru abes kelas. Memang tak pelik pun kalau saya jadi Zombie, kan? Sekarang patutnya saya study BM. Tapi nanti dulu lah. (Masih tak sedar diri nak exam. Pukul saya sekarang! Please~)
    Haha. Jangan makan! Kalau masuk hospital nanti macam mana? Malu lah nak cakap dekat doktor sakit sebab makan roti expired. Kalau dapat doktor macam John Carter lagi lah malu. Wuu~

    to sumaiyah :
    Heh? Don't do that again! You scare the hell out me, you know. (Haha. Macam makcik, kan?)
    Thanks ucu. :)
    All the best jugak. Belajar pandai2. Hehe.

    ReplyDelete

. snape's potion class : in memories . :'(

. dumbledore's army .